Pemimpin EU tawar RM14 bilion

Pemimpin EU tawar RM14 bilion

BRUSSELS, 30 Nov (AFP) – Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) dijangka bersetuju menawarkan wang 3 bilion euro (RM14 bilion) selain memudahkan keahlian Turki dalam kesatuan itu sebagai balasan atas kerjasama menangani krisis pendatang.

Anggota EU yang menghadiri persidangan bagi membincangkan isu itu dijangka menyetujui pakej bantuan itu kepada Turki untuk membantu menghentikan kemasukan pendatang ke Eropah daripada konflik di Syria. Kira-kira 2.2 juta daripada mereka kini berada di Turki.

Dalam pada itu, Presiden Majlis EU Donald Tusk berkata dalam surat jemputannya kepada pemimpin terbabit, sidang kemuncak itu akan menandakan satu langkah penting dalam membangunkan hubungan dan menyumbangkan kepada cara menguruskan krisis pendatang.

Dengan perang di Syria, kira-kira 850,000 orang memasuki EU tahun ini dan lebih 3,500 terkorban atau hilang dalam apa yang dilihat sebagai satu krisis pelarian terburuk di Eropah sejak sejak Perang Dunia II.

Turki menjadi pintu masuk utama untuk pendatang dan pelarian sampai ke Eropah dan Brussels.

Sementara itu, Turki juga mahu peraturan visa untuk rakyatnya dibatalkan bagi membolehkan mereka memasuki negara EU lain dan mahu lebih penyertaan dalam sidang kemuncak.

ARTIKEL YANG SAMA