Pemimpin G20 amal dasar berhati-hati

Pemimpin G20 amal dasar berhati-hati

ANKARA, 6 Sept (AFP) – Memerhati secara waswas awan ekonomi berkumpul di China dan kemungkinan berakhirnya kadar faedah sifar di Amerika Syarikat, pemimpin Kumpulan 20 (G20) mengamalkan dasar yang berhati-hati pada mesyuarat mereka di Turki pada masa pertumbuhan adalah lemah.

Perhimpunan dua hari di ibu negara Turki Ankara diadakan kurang satu bulan selepas China mengejutkan pasaran kewangan dengan penurunan nilai mata wangnya, sekali gus mencetuskan kebimbangan global mengenai kemerosotan pertumbuhan dan saham di ekonomi kedua terbesar dunia.

Sementara itu, pemulihan global di sana tetap tidak sama rata di seluruh negara G20, dengan Amerika Syarikat mencatat momentum manakala Eropah hanya mula mencatatkan pemulihan daripada krisis sekarang, dan pasaran membangun seperti Rusia dan Brazil dibelenggu dalam kemelesetan.

“Cabaran besar yang menghadapi ekonomi global adalah pertumbuhan masih sederhana dan tidak seimbang,” menurut Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde.

“Keadaan ekonomi sekarang adalah diselubungi ketidakpastian,” kata beliau.

Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde. – Reuters
Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde. – Reuters

Kenyataan G20 mengelak daripada menyebut negara China. Namun, dalam satu petunjuk jelas kepada Beijing, ia juga menggesa negara supaya mengelak penurunan nilai mata wang yang akan memberikan kelebihan tidak adil kepada pengeksport domestik.

Ia juga tidak membuat sebarang rujukan langsung kepada Simpanan Persekutuan AS, dengan ahli ekonomi mengingatkan satu pembatalan kenaikan kadar faedah pada mesyuaratnya pada September mungkin memberi tamparan hebat kepada pasaran membangun.

Namun kenyataan nampaknya mengiktiraf satu kenaikan faedah Persekutuan mungkin dilaksanakan pada beberapa tahap, berkata “sejajar dengan prospek ekonomi yang meningkat, pengawalan dasar mata wang kemungkinan besar dilakukan di beberapa negara maju.”

Lagarde berkata terdapatnya “perbincangan yang amat meluas dan mendalam” mengenai dasar Persekutuan.

Beliau menggesa bank pusat AS supaya mengambil tindakan apabila tidak “timbulnya ketidakpastian.”

Kenyataan mengakui kelemahan pemulihan, berkata “pertumbuhan global adalah lebih rendah daripada yang dijangkakan.”

IMF berkata dalam prospek ekonomi dunia terbarunya bahawa ia menjangka pertumbuhan global mencecah 3.3 peratus pada 2015 dan berkembang kepada 3.8 peratus pada 2016 – ramalan yang dikatakan oleh Lagarde perlu dikurangkan seterusnya.

ARTIKEL YANG SAMA