Pemimpin Korea U lawat muzium anti-AS

Pemimpin Korea U lawat muzium anti-AS

BANGKOK, 23 Julai – Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un melawat sebuah muzium yang dipercayai bercirikan kekejaman dilakukan oleh angkatan tentera Amerika Syarikat (AS) semasa Perang Korea, menurut laporan berita hari ini.

Kim mengunjungi Muzium Sinchon yang baru dibina menjelang ulang tahun ke-62 penandatangan armistis yang menamatkan perang, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pegawai Korea Utara.

Jenayah yang dikatakan dilakukan oleh angkatan AS semasa Perang Korea 1950-53, termasuk laporan pembunuhan kira-kira 35,000 warga Korea Utara, digambarkan pada relik dan memorabilia lain dalam muzium itu.

Semasa lawatannya, Kim dilaporkan mengarahkan muzium itu untuk memperkukuhkan sentimen anti-Amerika, dengan mengatakan AS harus ‘bayar pertumpahan darah orang Korea’.

Kim menyatakan satu keinginan bagi Korea Utara untuk ‘membalas dendam ke atas musuh’ kerana ‘kekejaman besar’, menurut laporan itu.

Ia tidak jelas bila lawatan Kim ke muzium itu telah diadakan. – dpa