Pemimpin sekolah main peranan penting

Pemimpin sekolah main peranan penting

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan pencapaian sekolah dengan mempengaruhi motivasi serta keupayaan guru-guru dan juga suasana sekolah.

Oleh itu, kepimpinan sekolah yang efektif adalah amat penting untuk meningkatkan ekuiti dan menjadikan persekolahan lebih efisien, jelas Ketua Nazir dari Independent Schools Inspectorate United Kingdom, Christine Ryan ketika menyampaikan ucaptama di Forum Pendidikan Kebangsaan 2015 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, hari ini.

Hadir di forum berkenaan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Abu Bakar bin Haji Apong dan Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail.

Turut hadir di forum berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dato Paduka Dr Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Haji Abdul Rahim bin Derus, ketua-ketua jabatan, penolong pengarah dan lebih 400 orang pemimpin sekolah dan guru dari seluruh negara yang menyertai forum itu.

Christine Ryan turut berkata bahawa pemimpin dalam pendidikan menyediakan hala tuju serta mempunyai pengaruh di atas dasar dan amalan sesebuah sekolah itu di mana kepimpinan merupakan faktor utama dalam meningkatkan kualiti pengajaran.

Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar dan Dato Seri Setia Haji Yusoff yang menghadiri forum berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar dan Dato Seri Setia Haji Yusoff yang menghadiri forum berkenaan.
Christine berkata pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan pencapaian sekolah serta mempunyai pengaruh ke atas memberikan motivasi kepada guru serta alam sekitar sekolah.
Christine berkata pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan pencapaian sekolah serta mempunyai pengaruh ke atas memberikan motivasi kepada guru serta alam sekitar sekolah.
Di antara pemimpin-pemimpin sekolah dan guru-guru yang menghadiri forum berkenaan.
Di antara pemimpin-pemimpin sekolah dan guru-guru yang menghadiri forum berkenaan.

Di samping itu, beliau turut menyentuh mengenai dengan Standard Guru Brunei (Brunei Teacher Standards – BTS) yang merupakan program yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan standard pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi di mana lebih dari 700 pemimpin sekolah telah dilatih dalam penilaian dengan standard berkenaan.

Forum itu dihasratkan untuk mengukuhkan dan mengasah kemahiran kepimpinan strategik pemimpin-pemimpin sekolah bagi mencapai pendidikan dan perancangan sekolah yang efektif.

Forum itu juga dihasratkan untuk mengumpulkan idea-idea daripada pemimpin-pemimpin sekolah dan guru-guru mengenai kefahaman mereka mengenai kualiti dan kepimpinan pengajaran.

Salah satu faktor yang dikenal pasti ialah kepimpinan yang efektif yang menjadi penghubung di antara pendidik yang berpengalaman dan pendidik yang baru untuk memulakan cabaran baru bagi membimbing guru-guru dalam mencapai standard pengajaran dan proses pembelajaran yang lebih baik.

Oleh itu, peranan pemimpin pedagogi adalah untuk memperkasakan guru-guru supaya mempunyai tanggungjawab profesional dan pada masa yang sama, menunjukkan ilmu pengetahuan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ARTIKEL YANG SAMA