Pemimpin Taliban terbunuh

Pemimpin Taliban terbunuh

KABUL, 22 Mei (AFP) – Pihak berkuasa Afghanistan hari ini mengesahkan pemimpin Taliban, Mullah Akhtar Mansour terbunuh selepas pegawai AS berkata dia bermungkinan terbunuh dalam serangan dron yang berpotensi menjejaskan pergerakan pemberontak militan itu.

Taliban setakat ini tidak mengulas mengenai bedilan AS itu semalam, yang diberikan arahan oleh Presiden Barack Obama, di barat daya wilayah Balochistan.

Penyingkiran Mansour itu, yang menggabungkan kuasa berikutan pergelutan kepimpinan Taliban sejak beberapa tahun, akan mencetuskan persaingan penggantian yang baru dalam pergerakan yang terjejas itu.

‘Mansour adalah sasaran dan dilihat terbunuh” di bandar terpencil Ahmad Wal oleh pesawat tanpa manusia yang dikendalikan oleh pasukan operasi khas AS, kata pegawai AS semalam.

Pejabat Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani hari ini mengesahkan serangan itu, yang menambah bahawa mereka menyiasat serangan tersebut. Kematian pemimpin Taliban itu kerap dilaporkan salah, dan Mansour sendiri dikhabarkan terbunuh pada Disember lalu.

Gambar diambil oleh seorang jurugambar bebas Abdul Salam Khan dengan menggunakan telefon pintar beliau kelmarin, berupa menunjukkan kenderaan Mullah Mohammad Akhtar Mansour yang musnah semasa dalam perjalanan di kawasan Ahmad Wal di wilayah Baluchistan Pakistan, berhampiran sempadan Afghanistan. - AP
Gambar diambil oleh seorang jurugambar bebas Abdul Salam Khan dengan menggunakan telefon pintar beliau kelmarin, berupa menunjukkan kenderaan Mullah Mohammad Akhtar Mansour yang musnah semasa dalam perjalanan di kawasan Ahmad Wal di wilayah Baluchistan Pakistan, berhampiran sempadan Afghanistan. – AP

“Kerajaan Afghanistan cuba untuk mengumpulkan maklumat berhubung nasib Mullah Mansour,” kata istana presiden dalam satu kenyataan. ‘Serangan dron ini menunjukkan bahawa pengganas meningkatkan konflik yang tidak akan selamat di mana pun jua.”

Mansour secara rasminya dilantik menjadi ketua Taliban pada Julai tahun lepas berikutan pendedahan bahawa pengasas kumpulan itu, Mullah Omar terbunuh dua tahun lalu. Kumpulan itu menyaksikan kebangkitan dibawah pemimpin tertinggi dengan kejayaan serangan tentera, membantu mengukuhkan kuasanya dengan menggilap kedudukannya sebagai pemerintah.

Mereka secara sementara menguasai bandar utara Kunduz yang strategic pada September lalu dalam kejayaan mereka dalam tempoh 14 tahun. Wilayah Helmand di bahagian selatan yang kaya dengan opium hampir kesemuanya di bawah kawalan pemberontak.