Pemimpin tertinggi Myanmar berunding dengan Suu Kyi

Pemimpin tertinggi Myanmar berunding dengan Suu Kyi

YANGON, 30 Nov (Reuters) – Pemimpin tertinggi Myanmar akan mengadakan rundingan dengan ketua pembangkang Aung San Suu Kyi minggu ini, yang pertama semenjak kejayaan bersejarah partinya dalam pilihan raya, menurut pegawai hari ini.

Ketidakpastian menyelubungi penyerahan kuasa selepas parti pembangkang Suu Kyi, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi menang hampir 80 peratus kerusi dalam pilihan raya 8 November, pilihan raya paling adil dalam masa 25 tahun.

Di bawah sistem politik kompleks Myanmar, parlimen disokong penjawat tentera semasa akan terus berkuasa sehinggalah sekurang-kurangnya Januaria manakala presiden baru kemungkinan besar tidak akan mengangkat sumpah sehinggalah Mac.

Suu Kyi sudah meminta rundingan ‘pemulihan kebangsaan’ dengan presiden dan ketua tentera untuk melancarkan peralihan. Seruan itu sehingga kini belum lagi dijawab, mencetuskan rasa gementar.

Kedua-dua Presiden Thein Sein dan ketua tentera berkuasa Jeneral Ming Aung Hlaing kini bersetuju untuk bertemu Suu Kyi pada Rabu.

“Presiden akan bertemu Daw Suu pada 2 Disember,” jurucakap presiden Zaw Htay memberitahu AFP tanpa menjelaskan lebih lanjut.

Win Htein, seorang anggota kanan NLD mengesahkan rundingan dengan presiden.

Tentera mengeluarkan kenyataan berasingan mengesahkan bahawa ketua tentera akan bertemu Suu Kyi pada 2 petang di kementerian pertahanan di ibu negara Naypyidaw pada Rabu.

Kedua-dua Thein Sein dan Jeneral Hlaing sudah pun mengucapkan tahniah kepada Suu Kyi atas kemenangannya dalam pilihan raya dan berjanji akan menghormati keputusan pilihan raya.