Peminat bola sepak Inggeris beri penghormatan pada Perancis

Peminat bola sepak Inggeris beri penghormatan pada Perancis

LONDON, 18 Nov (Reuters) – Peminat–peminat bola sepak Inggeris memberikan penghormatan kepada Perancis semalam dengan menyanyikan lagu kebangsaan “Marseillaise” pada perlawanan persahabatan yang disaksikan oleh ahli-ahli politik British dan kerabat Diraja dalam menunjukkan perpaduan hanya beberapa hari selepas militan Negara Islam (IS) menyerang Paris.

Ketika polis bersenjata mengawasi, David Cameron, Putera William dan Datuk Bandar London, Boris Johnson menyertai peminat–peminat England menyanyikan lagu kebangsaan Perancis di Stadium Wembley yang dipancarkan cahaya berwarna biru, putih dan merah bendera Perancis.

England menang 2-0.

Dalam mempamerkan sokongan kepada Perancis selepas pembunuhan 129 orang di Paris, 71,000 peminat memberikan sorakan pada perlawanan pembukaan ketika kedua buah pasukan mengenakan etika berdiri untuk satu barisan, dengan lengan mereka diletakkan kepada sesama sendiri.

Peminat–pemain mengadakan acara berdiam diri selama seminit. Kemudian, penyokong–penyokong dari kedua buah pasukan mengibarkan bendera Perancis, dengan poster yang berbunyi “Berdoa untuk Paris”.

Lagu kebangsaan ‘Marseillaise’ dinyanyikan sebelum perlawanan persahabatan itu dimulakan. - Reuters
Lagu kebangsaan ‘Marseillaise’ dinyanyikan sebelum perlawanan persahabatan itu dimulakan. – Reuters

“Menyaksikan Wembley dengan warna biru, putih dan merah memberikan keadaan yang menakjubkan,” kata Eric Lavaud, penyokong Perancis, 55.

“Kami tidak takut,” kata Lavaus, yang meletakkan bendera Perancis di lehernya dan berada di Stade de France pada Jumaat lalu bagi perlawanan persahabatan menentang Jerman.

Letupan pada perlawanan di antara Perancis dan Jerman pada Jumaat lalu memberikan isyarat serangan terburuk ke atas Eropah sejak pengeboman Madrid 2004.

Pengurus pasukan England, Roy Hodgson berkata sambutan meriah bagi pasukan Perancis, yang secara umumnya membantu England sejak beberapa tahun, adalah dikhususkan menunjukkan bagaimana mereka terkesan dengan kejadian di Paris.

“Pasukan Perancis dan Persekutuan Perancis mahu perlawanan diteruskan untuk memastikan pengganas tidak menang,” dia memberitahu badan penyiaran ITV sebelum perlawanan.

“Kami melihat perlawanan itu sebagai menunjukkan perpaduan dan kami melihatnya sebagai menunjukkan kekuatan.”