Peminat mahu Blatter berundur

Peminat mahu Blatter berundur

FIFA President Blatter addresses during the preliminary draw for the 2018 FIFA World Cup at Konstantin Palace in St. PetersburgARIS, 11 Ogos – Peminat bola sepak di seluruh dunia mahu pemimpin FIFA Sepp Blatter (gambar) meletak jawatan sekarang dan membiarkan suruhanjaya bebas membuat reformasi terhadap badan induk bola sepak dunia itu yang dicemari skandal, Putera Ali bin al-Hussein, yang mungkin akan bertandingan bagi jawatan FIFA presiden memberitahu AFP.

Putera dari Jordan itu – bekas naib presiden FIFA – masih lagi menjadi pesaing bos UEFA Michel Platini untuk jawatan itu, tetapi dia masih merisik-risik ketua bola sepak sebelum memutuskan sama ada untuk melancarkan percubaan baru.

Blatter berkata dia akan meletak jawatan apabila pilihan raya diadakan pada 26 Februari, tetapi Putera Ali berkata cadangan pasukan petugas pemimpin FIFA yang rata-rata dinamakan oleh persekutuan serantau sukar menjalankan tugas.

“Ia perlu dilakukan bersama presiden baru. Saya tidak fikir mereka boleh melakukannya dalam tempoh yang singkat,” kata putera berusia 39 tahun itu.

“Saya juga percaya anda mempunyai pasukan petugas bebas sebenar yang hadir dan membantu keadaan itu dan membantu melaksanakannya.”

Putera Ali berkata reformasi segera adalah penting tetapi menegaskan Blatter, yang menjadi tumpuan dalam dakwaan rasuah di AS ke atas tujuh pegawai FIFA dan tujuh eksekutif perniagaan sukan, perlu berundur sekarang.

“Saya tidak fikir seseorang yang terlibat pada masa lalu perlu kekal. Mereka tidak boleh menjadi sebahagian daripada proses itu,” kata putera itu menerusi perbualan telefon dari Amman.

Berikutan dakwaan lebih AS$150 juta diberikan dalam bentuk rasuah ‘mereka yang terbabit perlu bertanggungjawab dan perlu meletak jawatan’.

“Anda memerlukan darah baru dan idea yang baru. Ia adalah satu permintaan jelas daripada peminat bola sepak seluruh dunia.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA