Peminat mahu Dybala, Morata

Peminat mahu Dybala, Morata

TURIN, 25 Nov (Reuters) – Juventus perlu menewaskan Manchester City untuk melangkah ke saingan kalah mati Liga Juara-juara esok dan ramai peminat masih percaya bagi mencapai matlamat tersebut pasukan gergasi Itali itu perlu menggandingkan Alvaro Morata dan Paulo Dybala di bahagian serangan.

Pada permulaan musim ini penyokong Juventus teruja dengan gandingan baharu antara Morata dan Dybala, 22, yang dibeli dari Palermo untuk menggantikan rakan senegaranya dari Argentina, Carlos Tevez.

Bagaimanapun, pasangan tersebut hanya bermula bersama dalam lima daripada 17 perlawanan musim ini yang menyaksikan penyandang juara Serie A itu terpaksa bergelut dengan aksi awal musim mereka.

Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri sebaliknya lebih berminat menggunakan Mario Mandzukic sebagai penyerang utama biarpun pemain berkenaan dilihat jelas bergelut dengan prestasi.

Dalam pada itu, Allegri menegaskan Dybala memerlukan masa dan tidak boleh diberikan peranan sebagai penyerang utama. Namun hari ini mungkin adalah masa yang tepat untuk memberikan pasangan itu satu lagi peluang.

Dybala telah menjaringkan gol kemenangan ketika menentang AC Milan Sabtu lalu untuk membolehkan Juventus berada di kedudukan keenam carta Serie A.

“Saya gembira dengan apa yang saya lakukan kerana masih berupaya memberikan saingan namun semua orang perlu membantu saya untuk menyelesaikannya.

ARTIKEL YANG SAMA