Peminat Neymar diberkas

Peminat Neymar diberkas

RIO DE JANEIRO, 29 Julai – Seorang peminat bintang bola sepak Brazil, Neymar telah ditangkap semalam selepas ditemui melakukan suatu yang mencurigakan di dobi sebuah hotel di Goiania menjelang perlawanan persahabatan menentang Jepun.

“Petugas hotel perasan sesuatu yang pelik dalam tingkah laku beliau dan memanggil kami,” pegawai polis Vladimir Passos memberitahu kepada AFP, sambil menambah bahawa pelakunya ingin “untuk mendekati Neymar dan pasukannya”.

Passos berkata, pelajar sukan berusia 22 tahun telah ditangkap tetapi kemudiannya dibebaskan selepas diberi amaran.

“Perkara tersebut telah dikesan dan kami telah menyelesaikannya,” kata Passos sambil memberitahu bagaimana lelaki itu berjaya masuk ke dalam hotel pemain.

Pasukan lelaki Brazil itu tiba di Goiania semalam dari Pusat Latihan Kebangsaan Granja Comary di Teresopolis, di pergunungan berhampiran Rio.

Penyerang Barcelona, Neymar adalah seorang daripada tiga pemain pasukan yang berumur lebih 23 tahun. Brazil beraksi berhadapan dengan Afrika Selatan, Iraq dan Denmark dalam Kumpulan A kejohanan Olimpik.

Dalam perkembangan lain, West Ham akan beraksi pada perlawanan pertama mereka di Stadium Olimpik baru minggu depan sebagai menebus kekalahan 2-1 mereka terhadap pasukan Slovenia NK Domzale pada kelayakan Liga Europa. – AFP