Peminat teruja pengumuman album baru Big Bang

Peminat teruja pengumuman album baru Big Bang

PEMINAT menyatakan rasa teruja apabila YG Entertainment mendedahkan kumpulan terkenal Big Bang bakal melancarkan album terbaru tidak lama lagi.

Soompi melaporkan syarikat pengurusan itu turut melancarkan poster berhubung perkara itu dan mendedahkan nama album berkenaan iaitu Made.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut disertakan dan peminat mula tertanya-tanya mengenai butiran lanjut album tersebut.

Untuk rekod, Made adalah album pertama Big Bang dalam tempoh lapan tahun dan pelancaran album itu bersempena dengan sambutan sedekad mereka dalam bidang seni.

Dalam pada itu, salah seorang anggota Big Bang, Yang Hyun Suk dalam Instagram miliknya mendedahkan mereka sedang dalam proses menyiapkan muzik video single pertama daripada Made.

Poster berhubung album baru Big Bang dilancarkan oleh syarikat pengurusan YG Entertainment.
Poster berhubung album baru Big Bang dilancarkan oleh syarikat pengurusan YG Entertainment.