Pemindahan ke Hong Kong tidak kurangkan cukai HSBC

Pemindahan ke Hong Kong tidak kurangkan cukai HSBC

LONDON, 25 Jan – Penempatan semula HSBC ke Hong Kong tidak mungkin menyelamat bank Britain itu daripada cukai yang banyak, salah satu sebab untuk berpindah ke luar negara, dan mungkin menambah bilnya, satu analisis Reuters dalam fail syarikat menunjukkan.

HSBC berkata pada tahun lalu ia sedang menimbang satu perpindahan ke luar negara dari London, memetik cukai yang lebih tinggi dan peraturan yang lebih ketat di Britain dan satu hasrat untuk lebih dekat dengan pasaran Asia yang berkembang pesat.

Penganalisis berkata bekas kediaman HSBC di Hong Kong, dengan kadar cukai korporat sebanyak 16.5 peratus berbanding dengan kadar Britain dijangka meningkat kepada 26 peratus, merupakan destinasi yang paling sesuai.

Beberapa pelabur telah berkata pertumbuhan yang lemah di Asia dan pengurangan dalam levi Britain ke atas aset bank yang diumumkan pada tahun lalu, meminta HSBC supaya jangan berganjak. Namun beberapa penganalisis berkata peluang pertumbuhan jangka panjang yang lebih baik di Asia dan kadar cukai yang lebih rendah di Hong Kong masih menarik minat bank.

Satu pemeriksaan Reuters ke atas fail korporat menunjukkan Hong Kong mungkin menawarkan kelebihan cukai yang kurang kepada HSBC daripada yang dipercayai oleh kebanyakan orang.

Gambar yang diambil pada 9 Jun 2015 menunjukkan orang berjalan lalu sebuah cawangan HSBC di Chinatown, di pusat bandar London, Britain. – Reuters
Gambar yang diambil pada 9 Jun 2015 menunjukkan orang berjalan lalu sebuah cawangan HSBC di Chinatown, di pusat bandar London, Britain. – Reuters

Ia disebabkan HSBC akan bergelut untuk memindah keuntungan yang cukup ke Hong Kong untuk menerima faedah daripada kadar cukainya yang lebih rendah. – Reuters