PEMODA ‘Merdeka Ride’ ketengah mesej tersendiri

PEMODA ‘Merdeka Ride’ ketengah mesej tersendiri

Oleh Mohammad Abdullah

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Pengibaran bendera, perarakan, larian kebangsaan dan pelbagai acara hiburan lain menjadi inti pati sambutan ulang tahun hari kebangsaan untuk menunjukkan patriotisme, rasa bangga dalam meraikan pencapaian kemerdekaan bersama.

Semangat patriotik itu juga terus disuntikkan dalam kalangan lebih 100 ahli Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA), yang menyertai ‘Merdeka Ride’ sempena Hari Kebangsaan ke-32, kelmarin.

Yang Di-Pertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad ketika ditemui menjelaskan, konvoi ‘Merdeka Ride’ itu telah dianjurkan oleh ahli Jawatankuasa Tertinggi PEMODA bagi meningkatkan lagi semangat perpaduan, kebangsaan, dan patriotisme yang ada dalam kalangan ahli-ahli PEMODA.

Lebih 100 ahi PEMODA menyertai ‘Merdeka Ride’ 2016, baru-baru ini.
Lebih 100 ahi PEMODA menyertai ‘Merdeka Ride’ 2016, baru-baru ini.

Pengiran Haji Redzuan menambah, konvoi ini adalah bagi memberi kesedaran kepada ahlinya mahupun masyarakat umum tentang pentingnya mengibarkan bendera semasa hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan dan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Konvoi dalam kumpulan besar yang dimulakan dari Jerudong Park melalui Jalan Tutong itu juga memberi makna dan mesejnya tersendiri untuk menampilkan kepada masyarakat umum bahawa bendera kebangsaan haruslah dikibarkan di rumah-rumah dan premis-premis komersial bagi menunjukkan kepada dunia, semangat masing-masing sempena Hari Kemerdekaan Negara Burnei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA