Pemuda Dusun peluk Islam

Pemuda Dusun peluk Islam

Oleh Norizan Murshid

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Syiar Islam terus bersinar di bumi bertuah ini, Negara Brunei Darussalam. Berselang sehari selepas Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 70 tahun, seorang pemuda Dusun dari Kampung Kebia, Tutong setelah mendapat hidayah beliau memilih Islam sebagai agama pegangan hidup.

Awang Amirul Hakim bin Kim Pat (menggekalkan nama asal) telah diIslamkan oleh Awang Edy Kasrin bin Abd Kadir, guru agama terlatih bersaksikan dua orang saksi iaitu Awang Badri bin Momin dan Haji Mohd Haini bin Haji Abd Latif yang juga bapa saudara Awang Amirul Hakim.

Turut hadir Awang Ali Hasan dari Unit Pengislaman, Pusat Dakwah Islamiah yang telah berkesudian menyampaikan cenderahati kepada Awang Amirul Hakim.

Awang Amirul Hakim bin Kim Pat semasa pengislaman beliau.
Awang Amirul Hakim bin Kim Pat semasa pengislaman beliau.

Turut meraikan majlis tersebut ialah kedua ibu bapanya Cikgu Kim Pat bin Tiga dan Dayang Masniah Mahari serta kenalan dan saudara mara beliau.

Awang Amirul Hakim berusia awal 20an dan masih menuntut di Maktab Sultan Saiful Rijal. Majlis turut diserikan dengan Dikir Marhaban.

ARTIKEL YANG SAMA