Pemuda maut motosikal bertembung kenderaan 4WD

Pemuda maut motosikal bertembung kenderaan 4WD

KUNAK, 17 Ogos – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 14 Jalan Kunak-Lahad Datu berhampiran Air Terjun Madai dekat sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah menyatakan Jaenal Arujammal, 22, maut di tempat kejadian selain motosikalnya turut rentung.

Panggilan kecemasan diterima pada 12:30 tengah hari sebelum enam anggota bomba dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kunak diarah ke lokasi kejadian, kata pusat itu dalam kenyataan di sini, hari ini. – Bernama