Pemuda maut motosikal terbabas

Pemuda maut motosikal terbabas

KOTA KINABALU, 5 Jan (Bernama) – Seorang pemuda ditemukan maut dalam keadaan terbaring di atas jalan raya di Km12, Jalan Kota Belud-Tuaran selepas motosikal ditungganginya dipercaya terbabas, kata Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah.

Beliau berkata pemuda itu, Hasri Talib, 24, didapati mengalami kecederaan parah di kepala dan muka ditemukan pada kira-kira 4:55 petang.

“Mangsa dari arah Kota Belud ke Tuaran di percayai terbabas sebelum terbaring di lorong bertentangan jalan raya itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zaidi berkata seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu berjaya mengelak daripada melanggar mangsa yang terbaring sebelum terlanggar motosikal mangsa di kiri jalan.