Pemugut musnahkan hitchBOT

Pemugut musnahkan hitchBOT

WASHINGTON, 4 Ogos (AFP) – Robot pengembara yang menawan hati, yang merupakan hasil cantuman dari barang-barang kecil dan rencam rumah – menamatkan awal perjalanannya di seluruh Amerika, selepas dimusnahkan oleh pemugut dan ditinggalkan di tepi jalan, menurut penciptanya.

Dibayangkan sebagai eksperimen sosial untuk melihat jika robot seumpamanya boleh mempercayai manusia, robot bercakap itu mendapat jawapannya – dengan sedih – apabila ia ditemui dirombak dan dibiarkan mati di Philadelphia.

“Sayangnya, badan saya telah rosak,” robot cedera itu menyatakan di laman sesawangnya pada hujung minggu.

“Saya kira kadangkala perkara tidak baik berlaku kepada robot baik! Perjalanan saya mesti berakhir kini, tetapi sayang saya kepada manusia tidak akan pernah padam. Terima kasih kepada semua rakan-rakan saya.”

Robot bercakap kecil itu telah mengembara tanpa mengalami kecederaan musim lalu beribu-ribu batu jauhnya di Kanada, dan telah mengembara di beberapa bahagian di Eropah dan juga tanpa kecederaan.

Robot hitchBOT (tengah) telah mengembara tanpa mengalami kecederaan musim lalu beribu-ribu batu jauhnya di Kanada, dan telah mengembara di beberapa bahagian di Eropah dan juga tanpa kecederaan.
Robot hitchBOT (tengah) telah mengembara tanpa mengalami kecederaan musim lalu beribu-ribu batu jauhnya di Kanada, dan telah mengembara di beberapa bahagian di Eropah dan juga tanpa kecederaan.

Tetapi ia telah membuat pengembaraan dari hanya utara Boston ke Phildelphia – jarak kira-kira 300 batu, dilalui selama kira-kira dua minggu – apabila ia berkecai akibat penyerang-penyerang yang tidak dikenali di Elfreth’s Alley, jalan raya kediaman tertua di Amerika Syarikat.

Para penyelidik di Universiti Ryerson di Toronto yang mereka eksperimen hitchBOT, cuba menunjukkan wajah tenang berdepan dengan kematian ciptaan mereka.

“Kami tahu bahawa ramai penggemar hitchBOT akan kecewa, tetapi kami mahu meyakinkan mereka bahawa eksperimen hebat ini tidak berakhir. Buat masa ini kami akan menumpu pada soalan ‘siapa boleh belajar dari ini?’ dan menerokai pengembaraan akan datang bagi robot-robot dan manusia,” mereka menyatakan di laman sesawang mereka www.hitchBOt.me

Mereka menambah kata “Kami tidak berminat untuk mendakwa atau mencari mereka yang memusnahkan hitchBOT.”

Tanpa sesiapa pun memfailkan aduan rasmi – dan di sebuah bandar yang telah mencatatkan 30 pembunuh pada bulan lalu sahaja – polis berkata mereka tidak akan menjalankan penyiasatan.

Bagaimana, kolektif teknologi di Philadelphia, Hacktory berkata ia akan membincangkan menghidupkan hitchBOT pada satu mesyuarat pada Khamis.

ARTIKEL YANG SAMA