Pemukun Selendang Sutera akan teruskan pertandingan

Pemukun Selendang Sutera akan teruskan pertandingan

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kumpulan pemukun Selendang Sutera Brunei Darussalam tetap akan meneruskan keputusan untuk menyertai pertandingan dalam sedikit masa lagi setelah menyertai pertandingan Bermukun di Daerah Limbang, Miri Sarawak dan Pekan Bekenu.

Kini, kumpulan Selendang Sutera bakal beradu nasib di pertandingan Bermukun di Mukah sempena Regata Mukah 2015 yang akan diadakan pada 28 November 2015 di Pentas Utama Letak Kereta Bandar Mukah.

Pengurus kumpulan Selendang Sutera, Awang Irwan Rino menyatakan bahawa kumpulan itu telah menerima undangan dari pihak penganjur sebagai kumpulan jemputan dalam pertandingan itu nanti dan akan terlibat dalam 15 buah penyertaan yang dipilih dari kawasan Oya, Dalat dan Mukah.

Dalam pertandingan tersebut, Negara Brunei Darussalam akan menghantar satu kumpulan yang akan diwakili oleh Awang Irwan Rino dan pasangannya, Wan Zurami bin Julaihi yang sering menyertai pertandingan bermukun.

Kumpulan Selendang Sutera bakal beradu nasib di pertandingan Bermukun di Mukah sempena Regata Mukah 2015.
Kumpulan Selendang Sutera bakal beradu nasib di pertandingan Bermukun di Mukah sempena Regata Mukah 2015.

Tambah beliau, kumpulan pemukun Selendang Sutera Brunei Darussalam dan rombongan pemukun Brunei akan berada di Mukah bermula pada hari Jumaat dengan melalui jalan darat yang diketuai oleh Awang Roshidi bin Abdul Latip selaku Ketua Rombongan dan Pengurus Mukun Selendang Sutera.

Persiapan dan latihan untuk menghadapi pertandingan itu sama ada dari segi stamina, tarian mukun, vokal dan mencipta pantun secara spontan juga telah dilakukan.

Selain itu, mereka juga mengambil kira terhadap sudut penghakiman seperti berpantun secara spontan di samping menjaga tatatertib dan mengetahui langkah-langkah penghormatan dalam pertandingan.

Pada pertandingan kali ini, peserta pemukun dari Brunei Darussalam akan membawa irama klasik sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Di samping itu, kumpulan Selendang Sutera juga terpaksa bekerja keras dalam melakukan persiapan dan menggunakan pengalaman terdahulu bagi menghadapi pertandingan itu nanti.

ARTIKEL YANG SAMA