Pemuliharaan hutan perlu kerjasama semua pihak

Pemuliharaan hutan perlu kerjasama semua pihak

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Pembangunan dan perlaksanaan projek pemuliharaan hutan memerlukan kerjasama antara kerajaan, orang ramai dan sektor swasta kerana hutan bermanfaat bagi perkembangan sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif Nadi Borneo (HOB) Brunei Darussalam, Awang Mahmud Yussof menekankan perkara itu dalam perbincangan Public Private People Partnership (PPP) sempena Sidang Kemuncak Hutan Hujan Asia Pasifik ke-2 di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan telah berbelanja berjuta-juta dolar untuk menguruskan hutan selama ini dan inilah masanya untuk pihak berkepentingan bersama-sama membantu memelihara hutan di negara ini. Dengan kerjasama PPP ini, sektor swasta dapat mengurus, mengoperasi dan menyelenggarakan pelbagai inisiatif bersama, sekali gus mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Awang Mahmud Yussof berkongsi mengenai Pembangunan dan perlaksanaan projek pemuliharaan hutan.
Awang Mahmud Yussof berkongsi mengenai Pembangunan dan perlaksanaan projek pemuliharaan hutan.

“Antara inisiatif di bawah PPP ini ialah peluang perniagaan atau pelaburan dalam industri bioteknologi seperti pembuatan herba yang tidak memerlukan pemotongan pokok atau pemusnahan tumbuh-tumbuhan, tetapi membawa keuntungan yang agak tinggi,” katanya.

Menurutnya lagi, Negara Brunei Darussalam mempunyai 75 peratus kawasan diliputi hutan dan masih dilindungi dan sudah menjaga tanggungjawab kita bersama untuk menjaga sama ada di dalam negara atau secara antarabangsa.

“Disebabkan itu, Negara Brunei Darussalam telah bekerjasama dengan Malaysia dan Indonesia di bawah inisiatif Nadi Borneo untuk menjaga hutan tertua dan bernilai tinggi ini.

ARTIKEL YANG SAMA