Pemutihan batu karang di Pelabuhan Sydney

Pemutihan batu karang di Pelabuhan Sydney

SYDNEY, 19 April (AFP) – Pemutihan batu karang telah dikesan di Pelabuhan Sydney untuk kali pertama, kata ahli sains Australia hari ini, menyalahkan kerosakan fenomena yang juga ditemui di Terumbu Sawar Besar ke atas suhu panas di permukaan laut.

Tinjauan udara Terumbu Sawar Besar di luar pantai Queensland pada bulan lalu mendedahkan pemutihan paling teruk di pantai asli sepanjang 1,000 kilometer itu.

Kini ahli biologi marin daripada dua buah universiti Sydney telahpun menemui “koloni batu karang luntur ketika pengawasan rutin di beberapa lokasi di Pelabuhan Sydney.” Ahli sains menganggarkan kira-kira 45 peratus daripada karang di beberapa lokasi di pelabuhan telahpun menjadi putih.

Pemutihan berlaku apabila keadaan alam sekitar yang luar biasa, seperti suhu laut yang lebih panas, menyebabkan batu karang mengeluarkan alga fotosintetik kecil, sekaligus menyebabkan warna menjadi pudar.