Pemutus litar saham China papar keraguan pasaran

Pemutus litar saham China papar keraguan pasaran

SHANGHAI, 8 Jan (AFP) – Pemutus litar saham China, dibatalkan hanya selepas empat hari, menunjukkan kesangsian negara komunis terhadap pasaran dan hasratnya untuk campur tangan, kata penganalisis hari ini.

Mekanisme itu yang menghentikan perniagaan di bursa Shanghai dan Shenzhen jika saham bergerak mendadak pada asalnya bertujuan untuk menghad keadaan turun naik, namun ia mempunyai kesan bertentangan, menyebabkan pelabur berasa panik dan menjejas pasaran.

Suruhanjaya Pengawalan Sekuriti China, pengawas pasaran, mengumumkan lewat semalam bahawa pemutus litar akan digantung disebabkan kesan ‘negatif.’

Dengan kebimbangan global tersebar mengenai ekonomi China yang lembap, krisis pasaran dan dasar, ditambah dengan penurunan nilai mata wang, telah memberikan pelabur di seluruh dunia peringatan mengenai tahun lalu.

Seterusnya, saham jatuh tatkala keadaan melambung pecah sekaligus mencetuskan jaminan keluar daripada kerajaan, dan pihak berkuasa melancarkan satu penurunan nilai mata wang yuan.

Gambar bekas pemimpin China, Mao Zedong pada wang kertas yuan dalam ilustrasi titisan air yang diambil di Taipei. - Reuters
Gambar bekas pemimpin China, Mao Zedong pada wang kertas yuan dalam ilustrasi titisan air yang diambil di Taipei. – Reuters

“Niat baik kerajaan menjadi tidak keruan,” beritahu penganalisis Haitong Securities Zhang Qi kepada AFP merujuk kepada pemutus litar.

“Timbulnya kontroversi mengenai dasar sejak dari awal,” kata beliau, menambah: “Masih tidak jelas sama ada pengatur menguji sistem itu dan membandingnya dengan amalan luar negara sebelum dilaksanakan.”

Bursa global lain, seperti New York, mempunyai mekanisme pemutus litar, tetapi pencetus mereka pada umumnya ditetapkan jauh lebih tinggi berbanding China iaitu pemberhentian perniagaan 15-minit untuk kenaikan atau kemerosotan sebanyak lima peratus, dan berakhirnya perniagaan pada hari itu untuk pergerakan sebanyak tujuh peratus.

ARTIKEL YANG SAMA