Penagih berjaya diberkas

Penagih berjaya diberkas

MIRI, 21 Ogos (Bernama) – Seorang wanita Thailand yang disyaki penagih syabu dan teman lelakinya yang merupakan rakyat tempatan ditahan dalam serbuan oleh polis cawangan narkotik di sini pagi tadi Pemangku Ketua Polis Miri, Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata wanita berkenaan yang berumur 26 tahun dan teman lelakinya yang berumur 37 tahun ditahan di sebuah rumah di Jalan Siang-Siang Garden.

Beliau berkata turut ditahan ialah adik perempuan lelaki terbabit yang berusia 27 tahun.

“Pihak polis merampas tiga paket yang disyaki mengadungi syabu seberat 13.23 gram bernilai RM4,600.

Turut dirampas ialah selaras senapang patah buatan sendiri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata pasangan terbabit didapati positif dadah.

Ketiga-tiga mereka direman selama empat hari.