Penagih dadah didenda, dipenjara

Penagih dadah didenda, dipenjara

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Mahkamah Majistret di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda $2,600 ke atas seorang lelaki tempatan atas empat kesalahan mengambil dan memiliki peralatan untuk mengambil dadah.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman telah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Hazuandy bin Untong, dan turut memerintahkannya untuk menjalani hukuman penjara dua bulan dan tiga minggu jika gagal membayar denda itu dalam tempoh sebulan.

Tertuduh didakwa mengambil dadah Methylamphetamine pada 25 Mei 2007 dan 6 Jun 2011.

pg06_160227_mahkamah logo2

Dia juga dituduh memiliki peralatan mengambil dadah dalam sebuah kereta di Kampung Kapok pada 24 Mei 2007 dan di kawasan letak kereta Bukit Shahbandar pada 6 Jun 2011.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Narkotik, Ainorazimah binti Haji Zabidi.

ARTIKEL YANG SAMA