Penalti kemenangan untuk Palace

Penalti kemenangan untuk Palace

WATFORD, England, 28 Sept (Agensi) – Crystal Palace melonjak ke tempat keenam dalam Liga Perdana semalam selepas Yohan Cabaye menyempurnakan sepakan penalti pada separuh pertama untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas Watford.

Cabaye memecahkan kebuntuan pada minit ke-71 dalam perlawanan di Vicarage Road selepas Allan Nyom membuat saingan kelam-kabut ke atas pemain pengganti Palace, Wilfried Zaha di kawasan kotak penalti.

Ia adalah ulangan perlawanan play-off final mereka pada 2013, dengan ledakan itu mencukupi untuk memutuskan perlawanan itu memihak kepada Palace.

Pasukan pelawat kemudian meredakan ketegangan dengan membuat asakan demi asakan ke atas pasukan lawan.

Pemain midfield Crystal Palace, Yohan Cabaye membuat sepakan penalti yang menghasilkan kemenangan ke atas Watford di Stadium Vicarage Road di Watford, di utara London pada 27 September 2015. – AFP
Pemain midfield Crystal Palace, Yohan Cabaye membuat sepakan penalti yang menghasilkan kemenangan ke atas Watford di Stadium Vicarage Road di Watford, di utara London pada 27 September 2015. – AFP

Penjaga gawang Watford Heurelho Gomes berhempas pulas menepis sepakan bebas Bakary Sako yang memberi sepakan sudut diambil oleh Gayle.

Pengurus Palace Alan Pardew memperkenalkan Zaha dari tempat duduk pemain selepas menggantikannya pada separuh masa dalam kekalahan hujung minggu lepas di Tottenham.

“Saya jarang tersenyum tetapi saya tersenyum hari ini kerana saya benar-benar gembira,” kata Pardew. “Ia bukan persembahan terbaik kami tetapi ia bagus, persembahan yang profesional dan sebagai pengurus pasukan, persembahan tersebut membuatkan saya gembira.”