Penalti kontroversi selamatkan PSG

Penalti kontroversi selamatkan PSG

PARIS, 20 Jan – Sepakan penalti kontroversi yang dilakukan Zlatan Ibrahimovic pada lewat perlawanan menjamin kemenangan 2-1 buat Paris Saint-Germain bagi menewaskan Toulouse dalam saingan Piala Perancis, awal pagi tadi.

Francois Moubandje membenarkan Toulouse mendahului perlawanan ke atas PSG yang dilanda kecederaan tonggak namun tandukan David Luiz pada minit ke-54 dan jaringan ke-21 Ibrahimovic musim ini pada baki dua minit terakhir membenarkan Paris berada di landasan tepat bagi mempertahankan gelaran ‘treble’ saingan domestik.

Namun penalti yang diterima Ibrahimovic itu berdepan kontroversi apabila Leyvin Kurzawa dilihat seakan sengaja merebahkan dirinya di dalam kotak penalti dengan sentuhan yang minimum.

Bagaimanapun, Ibrahimovic tetap melunaskan tugas berkenaan dengan baik untuk meranapkan impian Toulouse.

Zlatan Ibrahimovic meraikan jaringan penaltinya bersama rakan sepasukan. - Reuters
Zlatan Ibrahimovic meraikan jaringan penaltinya bersama rakan sepasukan. – Reuters

“Pada minit ke-88, saya amat bimbang yang kami mungkin perlu memasuki masa tambahan,” kata jurulatih PSG, Laurent Blanc.

“Kami perlu menghadapi bulan Januari ini yang mana bagi saya amat mencabar dengan jadual perlawanan yang agak padat,” katanya yang bakal melayan kunjungan Toulouse di Paris untuk saingan separuh akhir Piala Liga, minggu depan.

PSG juga dijadualkan akan mengharungi lapan perlawanan dalam tempoh tiga minggu sebelum melayan kunjungan Chelsea dalam timbal balik pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara pada 16 Februari ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA