Penalti Vardy bantu kemenangan Leicester

Penalti Vardy bantu kemenangan Leicester

LEICESTER, 8 Nov (Agensi) – Jamie Vardy meneruskan sentuhan jaringannya kepada sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membantu Leicester menewaskan Watford, 2-1 semalam dan sekali gus kekal menduduki tangga ketiga.

Vardy meledak menerusi penalti pada minit ke-65 untuk meletakkan pasukannya di depan 2-0 dan sekali gus hanya kekurangan satu aksi lagi untuk menyamai rekod Ruud van Nistelrooy yang menjaringkan gol dalam 10 perlawanan berterusan.

N’Golo Kante lebih dulu meletakkan Leicester di depan menerusi jaringan pada minit ke-53 akibat kesilapan penjaga gol lawannya itu, Heurelho Gomes.

Pemain Leicester City, Jamie Vardy (kiri) tatkala dijatuhkan penjaga gawang Watford, Huerelho Gomes, pada perlawanan di Stadium King Power, di Leicester, England, pada 7 November 2015. – Agensi
Pemain Leicester City, Jamie Vardy (kiri) tatkala dijatuhkan penjaga gawang Watford, Huerelho Gomes, pada perlawanan di Stadium King Power, di Leicester, England, pada 7 November 2015. – Agensi

Troy Deeney merapatkan kedudukan untuk Watford pada minit ke-76.

Leicester kini menyamai jumlah mata pendahulu liga, Manchester City, sebanyak 25 mata manakala Watford di tangga pertengahan liga dengan 16 mata. City bakal beraksi malam esok bersama Arsenal yang menduduki tangga kedua.

ARTIKEL YANG SAMA