Penambahan pasukan dalam Piala Dunia disetujui

Penambahan pasukan dalam Piala Dunia disetujui

PARIS, 24 Nov – Ketua badan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berkata, bahawa semua pihak bersetuju dengan langkah menambah jumlah pasukan pada pentas akhir Piala Dunia, namun masih keliru sama ada ia patut membabitkan 40 atau 48 pasukan.

Menambah jumlah sedia ada 32 pasukan pada Piala Dunia akan datang menjadi tajuk kempen Infantino sewaktu pemilihan pucuk pimpinan baharu badan induk itu tahun ini. Jawatankuasa FIFA bagaimanapun hanya akan menentukannya pada Januari ini dengan sejauh mana kejohanan terunggul dunia itu boleh pergi bermula edisi 2026.

Infantino mengadakan siri mesyuarat serantau pertama dengan presiden persatuan setiap negara di luar Paris semalam dan berkata sasaran kami untuk menjelaskan salah faham akhirnya tercapai. “Apa yang saya dapat simpulkan daripada pertemuan itu semua pihak mahu kejohanan itu diperbesarkan lagi.

“Selepas ada yang mahukan 40 dan selebihnya 48. Persoalannya kini ialah bagaimana kami mahu memastikan bahawa pasukan daripada (seluruh) benua akan mengambil bahagian dalam pusingan akhir.” – AFP