Penampilan ke-100 Nani diraikan dengan kemenangan

Penampilan ke-100 Nani diraikan dengan kemenangan

LENS, Perancis, 26 Jun (AP) – Ia adalah satu perkara yang menakjubkan bagi pemain sayap Portugal, Nani untuk meraikan penampilan ke-100 buat negaranya.

Dengan hanya beberapa minit berada dalam pusingan 16 menentang Croatia pada Kejohanan Eropah semalam, Portugal menjelmakan kemenangan dari serangan pertamanya yang menarik.

Dan Nani, yang beraksi dalam perlawanan yang hambar itu, terlibat dalam serangan. Ia adalah dia yang memberikan umpanan kepada Cristiano Ronaldo, yang menyaksikan rembatannya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Croatia, Danijel Subasic. Malangnya bagi Subasic bola tersebut melantun untuk disempurnakan Ricardo Quaresma menerusi tandukan.

Kemenangan 1-0 di bandar Lens ke utara Perancis itu memastikan Portugal mara ke suku akhir Kejohanan Eropah bagi kali keenam berturut-turut.

Jurulatih Nani, Fernando Santos memberikan pujian terhadap pemain sayap itu ketika dia mencapai kejayaan dalam kerjayanya.

Nani meraikan penampilan ke-100 bersama Portugal mara ke pusingan suku akhir bersama pasukannya. – AP
Nani meraikan penampilan ke-100 bersama Portugal mara ke pusingan suku akhir bersama pasukannya. – AP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Ia selalu menjadi nombor yang cantik untuk dicapai,” kata Santos, yang memuji Nani kerana mempamerkan “keazaman yang hebat, komitmen yang banyak.”

Nani menjadi pemain kedua dalam skuad Portugal yang ada sekarang, dan keempat pada keseluruhannya, untuk mencatatkan angka 100. Ronaldo, pemegang rekod kebangsaan, mendapatkan kap ke-130 menentang Croatia.

Nani dan Ronaldo berkongsi jumlah yang sama. Masing-masing menjaringkan dua gol ketika Portugal mara menerusi peringkat kumpulan dengan tiga seri berturut-turut menentang Iceland, Austria dan Hungary. Keduanya juga beraksi bersama Sporting Lisbon sebelum menyertai Manchester United.

Tetapi bagi kebanyakan peanan, Nani diketepikan oleh rakan senegaranya yang lebih cemerlang.

Di lahirkan di Cape Verde dan berpindah ke Portugal ketika masih kanak–kanak, Nani menyertai Sporting pada 2005 ketika berusia 18 tahun, kurang dari dua tahun selepas Ronaldo meninggalkan kelab itu untuk menyertai Old Trafford.

Mereka kali pertama beraksi bersama dalam pasukan kebangsaan ketika kekalahan 4-2 kepada Denmark dalam perlawanan persahabatan pada September 2006, dan menjadi rakan sepasukan di Manchester United pada tahun berikutnya, membantu kelab itu memenangi Liga Perdana dan Liga Juara –Juara dalam musim pertama Nani di Old Trafford.