Penan kini dihubungkan dengan dunia luar

Penan kini dihubungkan dengan dunia luar

BELAGA, 3 Mei (Bernama) – Masyarakat Penan, yang tinggal di salah satu bahagian terpencil di bumi Sarawak, kini dihubungkan dengan dunia luar menerusi prasana telekomunikasi yang moden dan canggih.

Mereka kini mempunyai liputan selular dan akses internet – terima kasih kepada sistem telekomunikasi canggih disediakan oleh DIGI dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Long Urun, dekat sini.

Sabtu lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak melancarkan menara sistem pemancar perkhidmatan liputan 4G Evolusi Jangka Panjang (LTE) di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Urun.

Long Urun, sebuah penempatan Penan dengan kira-kira 1,200 penduduk, terletak kira-kira tiga jam pemanduan di sebahagian jalan batu kelikir dari sini dan lebih enam jam perjalanan dari bandar Bintulu.

Menara pemancar itu menggunakan teknologi terkini SmallCell (Doppler 5000) dan VSAT (Very Small Aperture Terminal) dan dikatakan yang pertama seumpamanya di negara ini.

Penduduk di Long Urun, kira-kira enam jam perjalanan dari bandar Bintulu, iaitu sebuah penempatan Penan dengan 14 rumah panjang termasuk empat buah rumah panjang Kenyah, kini boleh mendapati perkhidmatan internet yang murah tetapi berkesan. - Bernama
Penduduk di Long Urun, kira-kira enam jam perjalanan dari bandar Bintulu, iaitu sebuah penempatan Penan dengan 14 rumah panjang termasuk empat buah rumah panjang Kenyah, kini boleh mendapati perkhidmatan internet yang murah tetapi berkesan. – Bernama

Joseph Usan, keturunan Penan dari Uma Dikan, Long Dulit di Long Urun, antara 15 ketua rumah panjang menjadi tetamu jemputan pada majlis pelancaran itu termasuk empat daripada komuniti Kenyah Badeng, begitu terjua apabila dapat ‘dihubungkan’.

“Ini projek sangat bagus. Sekarang semua orang boleh membuat panggilan kepada kenalan di tempat jauh. Orang muda akan teruja kerana boleh mengkases internet,” katanya.

“Projek ini membuktikan kerajaan tidak mengabaikan walaupun kami merupakan masyarakat kecil tinggal di kawasan terpencil di pedalaman. Kami tidak dilayan sebagai anak tiri.

Anggota Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong menghargai hasil kemudahan itu untuk kawasan itu, keluasan kawasan sebesar Pahang dan terbesar di Malaysia.

Ugak berkata beliau kini boleh berkomunikasi dengan penyokong-penyokongnya serta dapat mengatur pertemuan dengan rakyat di situ.

Katanya projek itu membuktikan penekanan kerajaan negeri dan pusat untuk membangunkan kawasan luar Bandar.