Penandatangan kontrak penaja, pemain DPMM FC

Majlis penandatanganan Kontrak Pemain, di antara Kelab Bola sepak DPMM FC dengan pemain-pemain.

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb  – Majlis Penandatanganan Kontrak Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC dengan para pemain dan penaja bagi kejohanan bola sepak Liga Singapura (Liga-S) 2018 telah diadakan di  The Centrepoint, Gadong, petang tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai. (Klik di sini untuk cerita lanjut)