Penandatangan MoU Majalah DPMM FC

Penandatangan MoU Majalah DPMM FC

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Feb – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof hari ini hadir menyaksikan majlis penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) di antara A.K.K Design bersama Rakan Kongsi dan Pendukung Majalah Matchday Brunei DPMM FC.

Majlis berkenaan berlangsung di Kelab Rekreasi Diraja Brunei dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, Desmond Koh; Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Kebangsaan Brunei Darussalam serta pihak pengurusan dan pemain DPMM FC.

Menandatangani bagi pihak A.K.K Design selaku penerbit majalah adalah Ketua Eksekutif, Awang Sazali bin Mohd Ariff yang disaksikan oleh Ketua Pemasaran Eksekutifnya, Pengiran HMN Ariffin bin Pengiran Omar.

Mewakili Bank Baiduri selaku Rakan Premium adalah Ketua Pegawai Eksekutif bank berkenaan, Pierre Imhof dengan disaksikan oleh Ketua Perbankan Runcit dan Rangkaian Cawangan, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha.

Rakan Emas Cityneon Display and Construction Sdn Bhd pula diwakili oleh Pengarah Pengurusannya, Dato Jack Ting yang disaksikan oleh Ketua Rekaan, Haji Kadir bin Haji Hidup.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama penaja-penaja Majalah Matchday DPMM FC
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama penaja-penaja Majalah Matchday DPMM FC

Dua rakan Perak turut menandatangani MoU berkenaan antaranya daripada Nazmi Textile Mall yang diwakili oleh pengurusnya, Awang Mohamed Nazim Rizhwan bin Nazeer Ahmad serta disaksikan oleh pengurusnya, Awang Mohamed Nazheef Rizhwan bin Nazeer Ahmad.

Rakan Perak kedua adalah Progresif Cellular Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Ekskutifnya, Paul R. Hyde serta disaksikan oleh Ketua Pegawai Jualan, Bob Gill.

Turut menandatangani MoU berkenaan adalah Rakan Penerbangan iaitu Timbalan Pengerusi Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Dermot Mannion serta Pengurus Pemasaran, Awang Alirahim bin Haji Abdul Rani, Rakan Media Penyiaran Radio daripada Kristal FM yang diwakili Pengurus Besarnya, Haji Matnaruddin bin Ibrahim yang disertai saksinya Pengurus Kanan, Haji Maidi bin Sanif.

Rakan Media Digital pula Mix Mediaworx (Mixel) diwakili Pengurus Pembangunan Perniagaan, Ju law dan disertai saksinya Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Dayangku Siti Roffinah Merdianti Ayu binti Pengiran Mohd Jaafar.

Manakala itu, menandatangani bagi pihak Rakan Pencetakan pula dari Brunei Press Sdn Bhd, Pengurus Besarnya, Reggie See dan disertai saksi oleh Timbalan Pengurus Besar, Dayang Hazizah binti Osman.