Penangguhan Delta Airlines cetus kekecohan seluruh dunia

Penangguhan Delta Airlines cetus kekecohan seluruh dunia

WASHINGTON, 9 Ogos – Delta Airlines menundakan semua penerbangannya selama beberapa jam semalam disebabkan gangguan terhadap seluruh komputernya, membuatkan keadaan lapangan terbang di seluruh dunia menjadi huru-hara.

Walaupun penundaan yang diumumkan oleh penerbangan AS itu berjalan selama enam jam, ia turut memberi kesan terhadap pembatalan dan penangguhan secara berterusan, kerana puluhan ribu penumpang di seluruh dunia terkandas.

Para pelancong bersesak-sesak di kaunter tiket, berdiri dan menunggu di lapangan terbang itu. Manakala ejen tiket pula memeriksa orang secara manual, kata laporan berita.

Syarikat penerbangan itu menyalahkan masalah komputer itu berpunca daripada gangguan kuasa di habnya di Atlanta, Georgia.

Penerbangan telah kembali semula tetapi begitu terhad, Delta berkata dalam satu kenyataan selepas penerbangan telah ditunda selama kira-kira enam jam. Walau bagaimanapun, kesan dari penangguhan itu membawa kepada kekecohan.

Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran di Las Vegas selepas Delta Airlines menundakan semua penerbangannya selama beberapa jam semalam disebabkan gangguan terhadap seluruh komputernya. – AP
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran di Las Vegas selepas Delta Airlines menundakan semua penerbangannya selama beberapa jam semalam disebabkan gangguan terhadap seluruh komputernya. – AP

“Para pelancong yang pergi ke lapangan terbang itu menyangka akan terjadi kelewatan dan pembatalan,” kata kenyataan itu.

“Walaupun begitu banyak masalah dan masa menunggu yang panjang, ejen perkhidmatan pelanggan kami sedang melakukan semua yang mereka boleh untuk membantu,” katanya.

Ia juga berkata akan terdapat “sedikit kelambatan dan kelancaran dalam paparan status penerbangan yang tepat pada delta.com dan aplikasi Fly Delta di lapangan terbang itu.”

Luciano Resende, 40, menunggu di Lapangan Terbang Heathrow London untuk membuat penerbangan ke San Francisco, berkata proses di lapangan terbang itu sangat perlahan.

“Saya rasa ia mengambil masa yang lama setelah mereka menggunakan proses manual,” Resende memberitahu NBC News. – AFP