Penangkapan pertama orang awam terhadap rampasan kuasa

Penangkapan pertama orang awam terhadap rampasan kuasa

Ouagadougou, 6 Okt (AFP) –Dua penyokong politik kepada bekas Presiden Burkina Faso yang digulingkan ditahan pada Isnin kerana didakwa terbabit dalam rampasan kuasa yang menemui kegagalan bulan lalu, polis dan sumber-sumber lain berkata.

Leonce Kone, daripada Kongres bekas pemimpin Blaise Compaore bagi Parti Demokrasi dan Kemajuan (CDP), dan Hermann Yameogo dari Kesatuan Kebangsaan bagi Demokrasi dan Pembangunan telah ditahan dan berada di bawah jagaan, kata polis.

Mereka adalah orang awam pertama ditahan berkaitan dengan rampasan kuasa 17 September lalu yang dilakukan oleh pasukan tentera elit yang menemui kegagalan.

“Kedua-dua mereka disoal siasat oleh polis untuk jangka masa yang lama sebelum anggota pasukan lain membawa mereka,” kata sumber yang rapat dengan Yameogo kepada wartawan.