Penantian Brazil berakhir

Penantian Brazil berakhir

RIO DE JANEIRO, 21 Ogos – Neymar meledak gol kemenangan Brazil menerusi penentuan penalti untuk menghadiahkan tuan rumah pingat emas pertama dalam acara bola sepak dengan mengatasi Jerman di Stadium Maracana, hari ini.

Kemenangan 5-4 menerusi penentuan penalti itu membalas dendam kekalahan memalukan 7-1 pada separuh akhir Piala Dunia, dua tahun lalu.

Pingat emas di Olimpik satu-satunya gelaran utama yang belum berjaya dimiliki juara dunia lima kali itu dalam sejarah gemilang negara bola sepak itu.

pg24_160822_olympic logo

Reaksi  Neymar semasa meraikan kemenangan Brazil menerusi penentuan penalti di Stadium Maracana kelmarin. – AFP
Reaksi Neymar semasa meraikan kemenangan Brazil menerusi penentuan penalti di Stadium Maracana kelmarin. – AFP

Bintang Barcelona itu yang diarahkan mengambil sepakan kelima Brazil, tidak melakukan kesilapan untuk menewaskan penjaga gol Jerman sebelum mengalirkan air mata.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas permainan berakhir 1-1 tamat masa perlawanan. – AFP