Penarafan ‘Baa2’ sukuk AS$500j Axiata

Penarafan ‘Baa2’ sukuk AS$500j Axiata

A Moody's sign is displayed on 7 World Trade Center, the company's corporate headquarters in New York

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) – Moody’s Investors Service memberikan penarafan muktamad ‘Baa2’ kepada nota sukuk AS$500 juta yang diterbitkan oleh Axiata SPV2 Bhd (ASB), sebuah anak syarikat milik penuh Axiata Group Bhd (Axiata).

Moody’s dalam satu kenyataan hari ini, berkata nota sukuk itu dengan unjuran penarafan yang stabil telah dikeluarkan daripada program terbitan sukuk pelbagai mata wang RM1.5 bilion ASB yang sedia ada.

Hasil daripada nota itu akan digunakan untuk penggabungan dan pengambilalihan serta untuk pembiayaan semula dan modal kerja am.

ASB telah ditubuhkan bagi tujuan menerbitkan sukuk, serta untuk memasuki ke dalam dokumen urus niaga dan memegang aset amanah bagi pihak pemegang sukuk.

Axiata merupakan salah satu penyedia telekomunikasi selular serantau terbesar di Asia dengan lebih 260 juta pelanggan pada akhir bulan Jun 2015.

ARTIKEL YANG SAMA