Penarafan Fitch bukti keyakinan masyarakat antarabangsa

Penarafan Fitch bukti keyakinan masyarakat antarabangsa

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) – Pengesahan penarafan Fitch Ratings terhadap Malaysia semalam merupakan bukti jelas keyakinan masyarakat antarabangsa ke atas asas ekonomi dan kedudukan kewangan negara, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata penarafan yang baik oleh agensi penarafan antarabangsa itu turut mengiktiraf dasar dan kemampuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengendalikan ekonomi negara.

“Tidak sampai pun sebulan pengubahsuaian Bajet 2016 diumumkan oleh Najib, tindakan itu telah diakui betul oleh Fitch, sekaligus menggambarkan pandangan jauh beliau menguruskan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Semalam, Fitch Ratings mengesahkan Penarafan Kemungkaran Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing ‘A-’ dan ‘A’ dengan unjuran stabil.

Pada 28 Januari, Najib mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 demi memastikan ekonomi dan kewangan negara kekal berada pada jajaran yang betul.

ARTIKEL YANG SAMA