Penarikan balik sekatan Iran burukkan lebihan minyak

Penarikan balik sekatan Iran burukkan lebihan minyak

SINGAPURA, 19 Jan – Minyak terus dalam tekanan menjejaki selepas menyaksikan kejatuhan harga lebih daripada suku sejak permulaan tahun ini susulan langkah antarabangsa menghentikan sekatan kepada pasaran minyak Iran, memburukkan lagi krisis lebihan bekalan dunia.

Harga minyak hampir stabil dalam sesi sebelumnya, kini mencecah paras paling rendah sejak 2003 apabila kuasa Barat menghentikan sekatan ke atas Iran dan membenarkan negara itu kembali mengeksport minyak dan meletakkannya kembali kepada kedudukan pengeluar keempat terbesar rizab minyak dan gas dunia.

Bahkan harga terus dalam tekanan semalam apabila Iran terus menempah meningkatkan pengeluaran minyak untuk terus mengambil manfaat ke atas pembebasannya daripada sekatan sebelum ini.

Sekatan eksport minyak ke atas Iran sebanyak dia juta setong berlaku sejak 2011 kepada lebih rendah berbanding satu juta setong.

Kapal tangki minyak berlabuh di luar hab minyak Fos-Lavera berhampiran Marseille. - Reuters
Kapal tangki minyak berlabuh di luar hab minyak Fos-Lavera berhampiran Marseille. – Reuters

Prospek penghentian sekatan semakin jelas awal tahun ini apabila harga terus menjunam dengan ketara dan harga minyak didagangkan sehingga 70 peratus lebih rendah hanya dalam tempoh 18 bulan.

Dagangan Hadapan Minyak AS didagangkan kepada AS$29.00 setong pada 0105 GMT, turun AS$0.42 berbanding harga akhirnya. – Reuters