Penasihat PM Israel letak jawatan

Penasihat PM Israel letak jawatan

BAITULMUQADDIS, 13 Okt – Seorang diplomat dan penasihat lama kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah meletak jawatan atas sebab peribadi, umum kementerian luar negeri hari ini.

Dore Gold telah berkhidmat sebagai ketua pengarah kementerian luar negeri Israel sejak Jun 2015 dan telah menjadi penasihat rapat kepada Netanyahu selama lebih dua dekad.

Kenyataan kementerian luar negeri tidak memberi butiran selanjutnya kenapa dia meletak jawatan. Netanyahu memegang jawatan menteri luar negeri untuk menjadi perdana menteri.

“Saya ingin berterima kasih kepada Perdana Menteri Netanyahu atas keyakinannya dalam diri saya,” kenyataan itu memetik Gold sebagai berkata.

“Seperti masa lalu, saya akan cuba untuk membantu perdana menteri sekiranya diperlukan.”

Pelantikannya itu muncul pada waktu genting bagi diplomasi Israel. – AFP