Penawanan Houthi membahayakan rundingan damai

Penawanan Houthi membahayakan rundingan damai

KAHERAH, 1 Mei (Agensi) – Gerakan Houthi Yaman dan sekutu bersenjatanya telah menawan sebuah pangkalan tentera di utara ibu negeri Sanaa hari ini, berhadapan kemunduran terhadap gencatan senjata yang goyah dan rundingan-rundingan damai di Kuwait yang bertujuan untuk mengakhiri peperangan yang telah lama terjadi.

Tidak seperti kebanyakan tentera Yaman, tentera di pangkalan Umaliqa telah enggan untuk mengambil bahagian dalam peperangan saudara antara sekutu Iran Houthi dan kerajaan, yang memuncak apabila pakatan tentera yang diketuai oleh Arab Saudi campur tangan pada Mac tahun lepas.

Pihak Houthi telah bertolak ansur dengan keneutralan sehingga melancarkan satu dorongan mengejut ke dalam kemudahan di wilayah Amran dan merampas sejumlah besar senjatanya pada waktu subuh, menurut pegawai setempat.

Beberapa tentera yang mempertahankan pangkalan itu telah terkorban ketika serangan itu, tambahnya.

Abdel-Malek al-Mekhlafi, menteri luar Yaman yang juga delegasi utama kerajaan terhadap rundingan yang disokong PBB dengan pihak Houthi di Kuwait, berkata langkah itu telah “mempercepatkan” rundingan-rundingan itu.