Pencabulan terhadap semua agama – Saudi

Pencabulan terhadap semua agama – Saudi

VIENNA, 15 Nov (Reuters) – Arab Saudi semalam menyifatkan serangan kejam di Paris sebagai pencabulan terhadap semua agama dan membuktikan perlunya usaha memerangi keganasan ditingkatkan.

“Saya bagi pihak kerajaan Saudi mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Perancis berhubung serangan yang berlaku di Paris.

Serangan itu adalah pencabulan dan bertentangan dengan semua etika, moral dan agama,” kata Menteri Luar Adel al-Jubeir kepada wartawan di Vienna.

Dia berada di Switzerland untuk menghadiri mesyuarat bagi menamatkan peperangan di Syria.

“Arab Saudi sudah sekian lama menggesa supaya masyarakat antarabangsa meningkatkan usaha memerangi semua bentuk keganasan,” katanya.