Pencak Silat labut tirai

Pencak Silat labut tirai

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik hari ini berkenan berangkat menyaksikan Pertandingan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan negara Brunei Darussalam yang ke-70 tahun yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menganugerahkan hadiah kepada pemenang-pemenang serta menutup pertandingan di akhir majlis berkenaan.

Juara dalam Kategori Tanding Putera Kelas A adalah peserta dari Tutong yang meraih pingat emas iaitu Muhd Amirul ‘Azmi bin Haji Ali Amzah dengan berjaya menewaskan Mohd Zairul Abidin bin Abu Zaini dari Daerah Belait yang terpaksa akur dengan pingat perak.

Sementara itu menerima pingat gangsa bersama adalah peserta dari Daerah Brunei dan Muara, Mohd Waliuddin bin Haji Ahmad dan peserta Temburong, Dini Aqwa Zuhairi bin Abdul Rahim.

Manakala dalam kategori Cekak Asli Lelaki Dewasa pula, peserta dari Daerah Brunei dan Muara, Awangku Abdul Mu’izz bin Pengiran Haji Abdul karim tampil dengan pingat emas apabila berjaya menundukkan saingannya di peringkat akhir iaitu Abdul Aziz Bin Haji Ismail dari Daerah Temburong yang menerima pingat perak.

Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menganugerahkan hadiah kepada pemenang Kategori Cekak Asli.
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menganugerahkan hadiah kepada pemenang Kategori Cekak Asli.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan bergambar ramai dengan para pemenang dan ahli jawatankuasa pertandingan tersebut.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan bergambar ramai dengan para pemenang dan ahli jawatankuasa pertandingan tersebut.

Kemudian, menerima pingat gangsa bersama di dalam kategori berkenaan adalah Arif bin Yahya @ Johari dari Daerah Belait dan Mohd Hafizul bin Brahim dari Daerah Tutong.

Kategori terakhir yang dipertandingkan adalah Kuntau Lelaki Dewasa yang menyaksikan Mohd Amrull bin Haji Ariffin dari Daerah Temburong meraih emas diikuti oleh Muhd Arrsyafaiq bin Hassan juga dari Daerah Temburong dengan pingat perak.

Gangsa bersama bagi kategori ini disandang oleh peserta dari Daerah Brunei dan Muara Mohd Adip bin Haji Rani dan peserta dari Daerah Belait, Haji Julaihi bin Haji Junaidi.

Pertandingan berkenaan telah bermula sejak 29 Julai yang lalu menampilkan 52 perlawanan termasuk 21 bagi Kategori Kuntau dan 31 bagi Kategori Tanding dengan melibatkan 75 orang peserta secara keseluruhannya.

ARTIKEL YANG SAMA