Pencapaian SSSRU meningkat

Pencapaian SSSRU meningkat

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Feb – Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei telah mengeluarkan keputusan peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Darjah 6 bagi tahun 1436-1437H/2015 Masihi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, daripada 5,225 orang calon yang menduduki peperiksaan SSSRU, seramai 4,862 orang telah lulus dengan pencapaian sebanyak 93.05 peratus, meningkat berbanding pencapaian calon pada 2014.

Daripada jumlah itu juga, seramai 3,393 iaitu 64.94 peratus calon memperoleh pangkat satu, 843 iaitu 16.13 peratus mendapat pangkat tiga.

Sementara itu, 58 dari 144 buah sekolah atau pusat peperiksaan yang mendaftar bagi peperiksaan ini iaitu 40.28 peratus telah memperoleh pencapaian 100 peratus lulus iaitu peningkatan sebanyak 5.97 peratus berbanding tahun 2014.

Sehubungan itu, calon-calon yang menduduki peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah agama masing-masing mulai esok (1 Mac 2016).

ARTIKEL YANG SAMA