Pencarian budak lelaki hadapi kesukaran

Pencarian budak lelaki hadapi kesukaran

TOKYO, 31 Mei – Pencarian bagi budak lelaki Jepun berusia tujuh tahun yang hilang itu mendapati kesukaran keranan kukurangan petunjuk kata penyelamat semalam.

Pencarian di hari keempat itu diteruskan di pulau utara utama Jepun Hokkaido, yang mana dua pemburu dan lebih daripada 100 penyelamat, polis dan penduduk tempatan menyertai misi pencarian itu selepas mereka mendapati najis beruang yang segar di kawasan itu, menimbulkan lagi kebimbangan dan keselamatan budak lelaki itu.

Akan tetapi mereka tidak menemui sebarang petunjuk mengenai keberadaan Yamato Tanooka, yang hilang sejak Sabtu lalu selepas ibu bapanya menyuruhnya keluar dari kereta di jalan pergunungan sebagai hukuman atas kenakalannya.

Ibu bapa pada asalnya memberitahu polis anak mereka telah tersesat ketika mereka keluar mendaki untuk mengumpulkan sayur-sayuran hutan namun kemudian mengakui bahawa mereka marah dan cuba untuk menghukum budak lelaki itu kerana melemparkan batu ke arah kereta dan orang ramai.

“Kami hanya mempunyai sedikit maklumat tentang bagaimana kanak-kanak itu bertindak selepas ditinggalkan bersendirian,” kata Jabatan Bomba dan Penyelamat tempatan, Satoshi Saito kepada AFP melalui telefon, dan menyatakan kekecewaannya atas kekurangan kemajuan setakat ini.

Anggota penyelamat membuat siri pencarian seorang budak lelaki berumur 7 tahun yang hilang dalam hutan Jepun di bandar Nanae, di Hokkaido. – AP
Anggota penyelamat membuat siri pencarian seorang budak lelaki berumur 7 tahun yang hilang dalam hutan Jepun di bandar Nanae, di Hokkaido. – AP

“Dia mesti dapat berjalan bersendirian, tetapi kita mempunyai masa yang sukar terhadap laluan yang beliau ambil dan jarak jauhnya.”

Kanak-kanak itu bersendirian di dalam hutan, tanpa makanan atau air apabila hujan lebat turun pada waktu malam. Rakaman menunjukkan bebrapa pegawai melalui hutan yang luas, tebal dan belukar yang tinggi.

Budak itu memakai jaket hitam, seluar tentera laut biru dan kasut merah semasa dia hilang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA