Pencarian kotak hitam EgyptAir diteruskan

Pencarian kotak hitam EgyptAir diteruskan

PARIS, 27 Mei – Kapal tentera laut Perancis yang dikhususkan untuk pencarian dalam air akan membantu mencari kotak hitam pesawat EgyptAir yang terhempas di Laut Mediterranean minggu lalu. Nahas mengorbankan semua 66 penumpang dan anak kapal.

Agensi siasatan nahas udara Perancis, BEA, dalam satu kenyataan, mengumumkan kapal Laplace itu berlepas dari Corsica menuju ke zon tragedi itu semalam bersama dua penyiasat BEA.Laplace dilengkapi dengan tiga alat pengesan buatan Alseamar yang direka untuk mengesan isyarat dari alat perakam pesawat itu yang dipercayai berada 3,000 meter di bawah air.

Perancis juga mungkin menghantar kapal selam tanpa pemandu dan peralatan melakukan kerja di laut dalam.

BEA terbabit dalam pencarian kerana pesawat itu adalah Airbus yang dihasilkan di Perancis. Punca nahas pesawat dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah itu masih belum diketahui. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA