Pencarian nelayan yang masih hilang

Pencarian nelayan yang masih hilang

MANILA, 4 Okt (NNN) – Tentera Laut Filipina dan Pengawal Pantai Filipina kini menumpukan kawasan barat Laut Filipina untuk mencari 71 nelayan Pangasinan dari 16 bot yang berbeza masih hilang apabila ribut tropika “Kabayan” melanda pada 1 Oktober lalu.

Pengarah Pejabat Pertahanan Awam (OCD) Wilayah, Melchito Castro berkata semua nelayan ini datang dari kota Infanta, Dasol dan Bolinao dalam Pangasinan, adalah antara 170 nelayan dari kota-kota tersebut yang pergi ke laut walaupun keadaan tekanan rendah berlaku di kawasan timur Luzon itu.

Beliau berkata lagi 99 orang dalam kapal bot nelayan yang berbeza berjaya pulang.

Laporan Pengarah Castro berkata, dua buah helikopter Angkatan Tentera Filipina (AFP) kini dalam perjalanan ke laut Barat Filipina untuk membantu menyelamatkan nelayan yang masih hilang.

Castro berkata operasi menyelamat sebenarnya bermula pada 3 Oktober tetapi tentera laut dan pengawal pantai tersebut terpaksa pulang ke pangkalan mereka disebabkan ombak yang masih tinggi dan bergelora.

ARTIKEL YANG SAMA