Pencarian pesawat Aviastar tertumpu di Selatan Sulawesi

Pencarian pesawat Aviastar tertumpu di Selatan Sulawesi

JAKARTA, 4 Okt (NNN) – Pasukan mencari fakta yang ditugaskan untuk menjejaki kapal terbang Aviastar yang hilang sedang menumpu usahanya di kawasan sempadan Daerah Luwu dan bandar Palopa di Selatan Sulawesi, kata seorang pegawai Indonesia.

“Maklumat yang diperoleh daripada seorang penduduk di Basten Utara berkata sebuah kapal terbang putih kelihatan terbang rendah. Kumpulan itu akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh di kawasan di mana kapal terbang didakwa terhempas,” kata penyelaras pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) di Daerah Bone, Andi Sultan, di sini semalam.

Pesawat udara Twin Otter milik syarikat penerbangan Aviastar terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari daerah Masamba ke bandar Makassar, Selatan Sulawesi, pada jam 2:36 petang waktu Indonesia Tengah (WITA), pada Jumaat, kata seorang pegawai.

Kapal terbang penumpang itu sedang membawa tujuh orang penumpang, termasuk tiga kanak-kanak dan tiga anggota krew.

“Sebuah pesawat udara Aviastar, dengan nombor pendaftaran DHC6/PKBRM, hilang,” menurut Julius Andravida, jurucakap untuk Kementerian Pengangkutan, ketika mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut Andi Sultan, Basten Utara, di mana sebuah kapal terbang putih dilihat terbang rendah, terletak di sepanjang kawasan sempadan Luwu-Palopo yang diselubungi hutan tebal dan jarang dimasuki oleh orang awam. Ia terletak kira-kira 13 kilometer dari pos kawalan.

Sementara itu, ketua agensi SAR, Penolong Marsyal F Henry Bambang Soelistyo, memberitahu akhbar bahawa kakitangannya masih belum menumpu di tempat di mana pesawat udara didakwa terhempas, disebabkan lokasi berkenaan adalah agak mencabar.

Sementara itu, keluarga penumpang kapal terbang Aviastar mengerumuni pejabat keselamatan Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin di sini.

ARTIKEL YANG SAMA