Pencarian qari dan qariah ke KL

Pencarian qari dan qariah ke KL

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Bagi mencari qari dan qariah yang akan mewakili negara ke Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong akan mengendalikan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa untuk pemilihan awal.

Pemilihan awal peringkat masjid akan diadakan bermula 1 hingga 30 September di kesemua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

Sehubungan itu, KHEU dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan bahawa borang-borang untuk menyertainya telah diedarkan sejak 1 Jun lalu hingga 1 Ogos depan, yang boleh didapati di Bahagian Imarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Simpang 15, Kampung Sumbiling atau Pejabat Hal Ehwal Masjid di keempat-empat dae-rah.

Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dihantar tidak lewat 1 Ogos 2016, pada jam 4 petang.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, boleh-lah menghubungi terus Setiausaha Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Zon dan Daerah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Wahab bin Haji Tamin di talian 2223277 pada waktu pejabat atau 7246737.

ARTIKEL YANG SAMA