Pencarian rakan subahat dilancarkan

Pencarian rakan subahat dilancarkan

SOUSSE, Tunisia, 29 Jun (Agensi) – Pelajar yang membunuh pelancong di pantai Tunisia dan di sebuah hotel peranginan bertindak sendirian ketika serangan tetapi mempunyai rakan subahat yang menolongnya sebelum itu, kata pegawai Kementerian Dalam Negeri kelmarin.

Polis sedang mencari lebih ramai tersangka di seluruh negara selepas pembunuhan sekurang-kurangnya 38 orang di Sousse pada Jumaat, dalam serangan paling teruk di Tunisia. Bapa penyerang dan tiga rakan sebilik ditahan dan sedang disoal di ibu negara, Tunis, beritahu jurucakap Kementerian Dalam Negeri Mohamed Ali Aroui kepada agensi antarabangsa.

Penyerang telah dikenalpasti sebagai Seifeddine Rezgui, seorang siswazah Universiti Kairouan Tunisia berusia 24 tahun di mana beliau telah tinggal bersama pelajar lain. Serangan didakwa dilakukan oleh kumpulan Islamic State. “Kami pasti orang lain membantu, tetapi tidak mengambil bahagian,” kata Aroui. “Mereka mengambil bahagian secara tidak langsung.”

Penyiasat percaya subahat yang disyaki memberikan senapang Kalashnikov kepada rezgui dan membantunya pergi ke tempat kejadian, kata Aroui.

Satu mesyuarat di ibu pejabat Liga Arab di ibu negara Mesir berkenaan perbincangan mengenai pengeboman di Kuwait dan penembakan besar-besaran di Tunisia. - AFP
Satu mesyuarat di ibu pejabat Liga Arab di ibu negara Mesir berkenaan perbincangan mengenai pengeboman di Kuwait dan penembakan besar-besaran di Tunisia. – AFP

Pihak berkuasa masih belum mencadangkan motif atas pembunuhan tersebut. Seorang pegawai keselamatan yang rapat dengan siasatan berkata pelajar itu mengunjungi sebuah masjid “tidak rasmi” di bandar suci Tunisia Kairouan sejak dua tahun lalu.