Pence dibawa ...

Pence dibawa jelajah masjid Indonesia

Mike Pence (dua, kanan) ketika dibawa meninjau Masjid Istiqlal di Jakarta pada 20 April. – AFP

JAKARTA, 20 April – Timbalan Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence hari ini dibawa meninjau ke masjid terbesar di Indonesia, negara yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia itu, ketika satu lawatan yang dilihat sebagai bidaan daripada pentadbirannya untuk memulihkan perpecahan dengan dunia Islam.

Selepas memulakan perhentiannya di Indonesia dengan memuji negara yang mengamalkan kesederhanaan Islam itu sebagai ‘satu inspirasi’, beliau mengunjungi Masjid Istiqlal, yang luas sehingga boleh memuatkan 200,000 jemah dengan menara kubah putih dapat dilihat di perbandaran Jakarta.

Lawatannya itu mewakili pendekatan berprofil paling tinggi kepada orang Islam daripada pentadbiran Donald Trump sejak jutawan itu menjawat jawatan sebagai presiden dan meniru lawatan serupa daripada Barack dan Michelle Obama pada 2010. – AFP