Pence ikrar r...

Pence ikrar respons ‘berkesan’ ke atas Korea U

YOKOSUKA, Jepun, 19 April – Amerika Syarikat (AS) akan menangani sebarang serangan Korea Utara dengan respons yang ‘berkesan dan amat besar’, ikrar Timbalan Presiden Mike Pence hari ini, ketika dia berdiri di atas dek kapal pengangkut pesawat udara besar Amerika yang berlabuh di Jepun.

Timbalan Donald Trump itu berada di rantau itu untuk meyakinkan sekutu-sekutu yang bimbang dengan program peluru berpandu Pyongyang yang semakin bertambah dan kesediaan jelasnya untuk melancarkan satu lagi ujian nuklear yang ditegah dalam usahanya untuk memajukan senjata nuklear yang boleh sampai ke tanah besar AS.

Pence, yang lawatannya bermula di Korea Selatan pada hari selepas pelancaran gagal oleh Korea utara yang mana menurut para penganalisis mungkin pe-luru berpandu baru, berkata ancaman dari rejim terasing itu semakin meningkat.

Di atas kapal USS Ronald Reagan, timbalan presiden memberitahu pasukan tentera bahawa dia berada di sana ketika ‘awan ribut berhimpun di ufuk” Asia Timur Laut.”

Mike Pence ketika menyampaikan ucapannya semasa mesyuarat bersama para pemimpin perniagaan AS dan Jepun di Tokyo pada 19 April. – AFP
Mike Pence ketika menyampaikan ucapannya semasa mesyuarat bersama para pemimpin perniagaan AS dan Jepun di Tokyo pada 19 April. – AFP

Pence berkata “Korea utara adalah paling berbahaya dan ancaman segera terhadap keamanan dan keselamatan di Asia Pasifik.”

Namun “kami akan menumpaskan sebarang serangan dan mendepani sebarang penggunaan senjata konvensional atau nuklear dengan respons Amerika yang berkesan dan amat besar.”

Ulasan Pence itu dibuat selepas seorang pegawai kanan Korea Utara memberi amaran kepada rejim itu tidak berniat untuk mengurangkan program peluru berpandunya, dengan menjanjikan ujian mingguan dan mengancam ‘perang besar-besaran’ jika AS mengambil sebarang tindakan ke atasnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA